PENDIDIKAN JASMANI


DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

            Definisi Pendidikan Jasmani ini menurut Jenny ialah memberikan pendidikan melalui aktiviti fizikal dan ia akan membabitkan hasil pendidikan yang bercorak fizikal. Seterusya melalui definisi ini, Pendidikan Jasmani ini untuk mempengaruhi dalam setiap bahagian pembangunan fizikal sama ada perkembangan mental dan fizikal. Pendidikan Jasmani ini dari segi fizikal ialah peningkatan secara fizikal, sosial pula merujuk kepada belajar bekerjasama dengan orang lain dan mental berkisarkan belajar dan berkembang.

            Kemudian menurut Fletcher, Pendidikan Jasmani ini membolehkan kanak-kanak mencuba sesuatu perkara dan beransur-ansur pengalaman itu memberikan kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Lowenfield pula memberi definasi bahawa kegiatan Pendidikan Jasmani dapat memberi bantuan untuk menyuburkan perkembangan diri seseorang itu. Freeman (1977) mengutarakan Pendidikan Jasmani dikawal oleh media fizikal iaitu melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang rancak serta berkaitan dengan pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya. Menurut kaedah ini, ia bercorak fizikal. Meliputi kemajuan atau perubahan di dalam perkembangan intelektual, sosial dan aestetik inilah yang dapat memberi faedah melebihi daripada fizikal.

            Selain itu, Baley dan Field (1976) memberi definisi Pendidikan Jasmani ini merupakan suatu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkaitan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan aestetik. Ia merupakan hasil daripada salah satu aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Menerut Barrow pula, Pendidikan Jasmani ini merupakan konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (the total education experience). Pengalaman inilah yang berkaitan dengan proses pendidikan secara keseluruhan dalam seumur hidup bagi setiap individu itu sendiri. Oleh hal demikian, jika Pendidikan Jasmani ini dapat memberikan sumbangan dalam pendidikan lain, justeru itu fungsinya sebagai alat pendidikan akan terus dipenuhi.

            Kesimpulannya, merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang terkawal ini bertumpu pula kepada perkembangan tubuh badan murid dari segi fizikal, sosial dan mental dengan terjalin. Secara tidak langsung, kegiatan yang dijalankan ini dapat menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna dengan memberi tumpuan kepada kegiatan yang bertujuan memupuk sosialisasi. Ia juga ingin menggalakkan penggunaan masa lapang yang berfaedah.