KONSEP KESANTUNAN MENGIKUT PANDANGAN TOKOH.....
Lakoff(1975:64) menginterprestasikan
kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981:96), kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan konflik. Leech (1983:104)
pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan
mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau
seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan bermaksud baik-baik sahaja
tetapi yang paling pentig ialah menjalankan prinsip kerjasama dengan
menghubungkannya dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi
untuk mengelakkan konflik.
Dua tokoh terkenal dengan pandangan
mereka terhadap fenomena kesantunan, iaitu Brown dan Levinson pula mengaitkan
kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM) kepada
pendengar (1987:62). Pada mereka, setiap orang mempunyai kehendak muka yang
terbahagi kepada dua, iaitu muka positif dan muka negative yang merupakan
kehendak masyarakat sejagat. Sehubung itu, sewaktu berlakunya komunikasi,
penutur perlu mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar dengan memilih
strategi kesantunan. Kesantunan juga dikatakan sebagai satu fenomena bahasa
yang boleh dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi
lisan yang melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar bagi
pendapat Held (1992:133).
Watts et. Al (1992:43) pula berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial. Walau bagaimanapun, Watts menyempitkan konsep kesantunan menjadi istilah yang lebih terperinci, iaitu konsep Perlakuan Politik Verbal. Beliau menganggap, keupayaan untuk mengelakkan sesuatu konflik bergantung kepada sosiobudaya sesuatu manyarakat. Disamping itu juga, cara berbahasa itu banyak bergantung kepada peristiwa bahasa, aktiviti sosial dan tahap perkongsian terhadap set-set jangkaan budaya di kalangan mereka yang terlibat dalam sesuatu percakapan.

Konsep Perlakuan Politik Verbal oleh
Watts merujuk kepada Teori Releven (Sperber & Wilson, 1986) yang menegaskan
bahawa apa yag berlaku dalam sesuatu ujaran ialah kerelevenannya dan bukan
kepada kebenaran harfiahnya. Watts merujuk Teori Relevan dalam mengutarakan
konsep Perlakuan Politik Verbal kerana berpendapat bahawa kesantunan itu
bergantung kedapa sfat interaksi. Seseorang yang terlibat dalam interaksi perlu
menyesuaikan ujarannya dengan suasana. Keupayaan dan kebolehan penutur
menggunakan kemahirannya dalam berbahasa yang sesuai dengan suasana interaksi
merupakan perlakuan yang bijak dan disebut sebagai Perlakuan Polotik Verbal.
Aspek kesantunan berbahsa juga pernah
diutarakan oleh Asmah Haji Omar (1997:5). Menurutnya kesantunan berbahasa ialah
penggunaan bahasa sehari- hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemahiran dan
rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Asmah menjelaskan bahawa penjagaan air
muka di kalangan orang Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan
turut meliputi air muka keluarga dan masyarakat. Bayraktaroglu (1997:5)
berpendapat bahawa kesantunan itu merupakan perlakuan yang diamalkan untuk
membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan yang boleh
menyebabkan hubungan yang terbabit menjadi renggang.