Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda semua. Pada
coretan saya kali ini saya ingin mengkongsikan sebuah kisah yang dapat dijadikan
motivasi untuk kita semua. Baru-baru ini akhar Harian Metro memaaparkan
mengenai kembara solo seorang pensyarah perempuan merentasi lima negara di Asia
Tengah dengan menunggang motosikal sahaja. Kejayaan beliau telah membuka mata
banyak pihak kerana keberaniannya. Beliau merupakan seorang pensyarah saya di
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Dengan semangat yang tinggi yang ada
padanya, beliau mampu merealisasikan impiannya untuk mengembara ke seluruh
dunia Mengapa tidak kita? Kadang-kala kita merasa impian kita terlalu tinggi
untuk dicapai. Tapi sedarkah kita impian yang telah kita cipta itu merupakan
kehendak kita yang paling tinggi dalam hidup. Tidak mahukah kita menggapai
impian kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh pemillik nama Anita Binti
Yusof ini.
Berpeganglah
pada prinsip “Tiada Apa Yang Mustahil DiDunia”. Ambillah sedikit masa untuk
diri kita berfikir sejauh mana kemampuan kita? Bagaimana untuk mencapai impian
kita? Dan bagaimana permulaannya. Tapi harus kita tahu bahawa duduk berfikir
tanpa ada usaha yang gigih. Khusyuk melihat
pemandangan yang indah dan keinginan yang sentiasa berkobar-kobar untuk melihat
dunia Allah yang terbentang luas, membuatkan Pn. Anita Yusof, 46,
sanggup bersusah-payah meredah bumi asing dengan permukaan ekstrem secara
solo, hanya dengan menunggang motosikal Yamaha FZ 150.Lebih
menarik, beliau sebenarnya baru setahun mendapat lesen menunggang motosikal. Malah dia tidak
pernah menaiki pengangkutan beroda dua itu sebelum pengembaraan solonya kerana
perasaan takut selain menganggap motosikal sebagai kenderaan yang berbahaya. Namun
disebabkan hatinya meronta-ronta dan tidak tertahan lagi untuk melihat
Kyrgyzstan secara lebih dekat, negara yang dianggapnya sebagai tercantik di
dunia, Anita memberanikan diri dan sanggup belajar menunggang motosikal.
Kini beliau mampu tersenyum lebar dengan kejayaannya. impiannya telah tercapai!! namun bila lagi masa untuk kita sendiri??